Sign in

Home / Sign in

PANDUAN MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU SPM (KERTAS 1103/1)

SOALAN BM KERTAS 1 Tahun 2006 Bahagian A (45 minit – 30 markah)
Huraikan pendapat anda tentang isu yang dibincangkan dalam dialog di bawah.
Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

JENIS-JENIS KARANGAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT

• KEPERIHALAN
• GAMBARAN/ IMAGINASI
• FAKTA / PENDAPAT / PERBINCANGAN
• KEPERIHALAN / CERITA
• PERIBAHASA / CERITA / CERPEN

KARANGAN BERFORMAT

• SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
• SURAT KIRIMAN RASMI
• SYARAHAN / UCAPAN / CERAMAH
•LAPORAN
• DIALOG / WAWANCARA / TEMURAMAH
• RENCANA
• BERITA

TEMA SOALAN
• Diri sendiri
• Keluarga
• Sekolah
• Masyarakat
• Negara

En. Wong : Remaja hari ini kurang mempunyai semangat patriotik.
En. Samad : Betul, Encik Wong. Saya fikir mereka perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan.
En. Wong : Mereka juga perlu mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara kita.

Bahagian B (I jam 30 minit – 100 markah)
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai ICT.
2. Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga,anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Menghargai Jasa Ibu Bapa”. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
3. Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri.
4. Masalah jerebu yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
5. Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

ASPEK PENULISAN KARANGAN
i) Menganalisis soalan
ii) Merangka karangan
iii) Menulis pendahuluan
iv) Menulis perenggan
v) Menulis penutup
vi) Menyemak hasil penulisan

PETUA KATA KUNCI SOALAN ESEI
• Bincangkan Membawa maksud bahaskan dengan mengemukakan hujah- hujah menyokong dan hujah- hujah menentang.
• Bandingkan Bermaksud berikan persamaan dan perbezaan sesuatu perkara yang dipersoalkan
• Ulaskan Bererti memberikan pendapat mengenai kebetulan dan ketepatan sesuatu perkara atau kenyataan dengan berasaskan bukti-bukti, logik dan hujah.
• Nilaikan Berkehendakkan dibuat penilaian atau keburukan sesuatu dengan memasukkan pendapat peribadi.
• Terangkan atau Jelaskan Bermaksud membuat tafsiran atau ditulis dalam perkataan yag lebih mudah, atau ceritakan
• Nyatakan bererti huraikan secara ringkas dan tepat

MERANGKA KARANGAN
i) Kaedah Peta Fikiran
ii) Kaedah Berpandukan Soalan
iii) Kaedah Kronologi
iv) Kaedah Jalinan kata
v) Kaedah Kata tanya
vi) Kaedah Aristotal

KAEDAH PETA FIKIRAN/MINDA
Masalah Disiplin Pelajar
1% daripada 4 juta Pelajar yang terlibat 
Tidak serius
Ponteng, menconteng, merokok, tidak mematuhi peraturan sekolah dan lain-lain
Kes serius
Penyalahgunaan Dadah, peras ugut melawan guru, pecah rumah kongsi Gelap dll
Usaha Membanteras
Kursus motivasi. Bantuan PIBG,Pihak berkuasa, Guru kaunseling sepenuh masa

KAEDAH BERPANDUKAN SOALAN
Laporan Kecurian.
i) Bilakah anda menyedari kehilangan barang-barang tersebut?
ii) Bilakah tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku?
iii) Di manakah rumah anda?
iv) Apakah barang-barang yang dicuri?
v) Berapakah taksiran harga barang-barang yang hilang?
vi) Bagaimanakah pencuri dapat masuk ke rumah?
vii) Siapakah orang yang anda syaki?

KAEDAH KRONOLOGI
Pukul 8.00 pagi : Pendaftaran peserta
Pukul 8.30 pagi : Majlis perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah.
Pukul 9.00 pagi : Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri
Pukul 9.00 pagi : Majlis ucapan bermula - Ucapan pengerusi majlis - Ucapan pengerusi sambutan -
                            Ucapan YAB Perdana Menteri - Penyampaian hadiah.
Pukul 11.00 pagi – Melawat pameran
Pukul 12.00 tgh. – Majlis bersurai

KAEDAH KATA TANYA
KAEDAH KATA TANYA
Ahli Sains
Negara
Ahli Sains
Negara
SiapaSiapa Di manaDi mana BagaimanaBagaimanaBilaBilaApaApa
MengapaMe...

KAEDAH ARISTOTAL

KAEDAH ARISTOTAL
Tajuk : Kepupusan
Haiwan
Definisi :
Apakah yang dikatakan kepupusan
haiwan ?
Apakah contoh haiwan yang
pu...

JENIS-JENIS PENDAHULUAN
i) Pendahuluan jenis definisi
ii) Pendahuluan jenis pendapat
iii) Pendahuluan jenis suasana
iv) Pendahuluan jenis persoalan
v) Pendahuluan jenis peribahasa
vi) Pendahuluan jenis sejarah
vii) Pendahuluan jenis gabungan

Pendahuluan Jenis Definisi
Inflasi Sifar
Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu. Inflasi tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan perkhidmatan.Pada masa ini Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah. Kadar inflasi bagi tahun 1994 ialah 3.7% dan bagi 11 bulan pertama tahun 1995 kadar menurun kepada 3.5%.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
Masalah Disiplin Pelajar
Masalah disiplin pelajar dalam kalangan pelajar sekolah timbul lagi. Kali ini ditimbulkan sendiri oleh Menteri Pelajaran. Katanya masalah dan kedudukan disiplin para sekolah dewasa ini berada pada tahap yang membimbangkan . Sehubungan dengan hal itu , beliau menyarankan agar hukuman rotan diadakan semula untuk menghukum mereka yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan jenayah atau salah laku sekolah.

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
Semangat Bergotong –royong
‘Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’, ’Gunung sama didaki, lurah sama dituruni’, merupakan peribahasa-peribahasa yang sering kita dengar. Tetapi, sejauh manakah kita mengamalkannya dalam kehidupan harian ? Peribahasa ini adalah antara peribahasa Melayu yang memberikan mesej yang jelas kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong royong, bermuafakat , dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh suatu kes pembunuhan yang membabitkan seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah. Pelajar berkenaan dilaporkan telah membunuh seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun dan mencederakan seorang yang lain. Dalam satu kejadian yang lain pula, Seorang pelajar sebuah sekolah menengah menumbuk gurunya sehingga pengsan.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
Makan di luar seolah-olah sudah menjadi suatu cara hidup bagi kebanyakan penduduk di Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan terdapatnya perniagaan makanan dalam bentuk gerai, restoran, atau pusat makanan segera di merata-rata tempat. Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Adakah ini merupakan suatu tabiat yang perlu? Mungkin ramai yang bersetuju jika kita merumuskan bahawa makan di luar bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan masak, menghidang, dan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk menjamu selera. Persoalan adakah tabiat ini sesuai dengan masyarakat Malaysia?

PENDAHULUAN JENIS SEJARAH
Era muzik moden yang memasuki abad ke-20 menampakkan kemajuan dari segi teknologi pembikinan dan penggunaan muzik. Perkembangan muzik moden selaras dengan kemajuan teknologi elektronik yang menjana rentak, irama dan melodi yang pelbagai, dan kemunculan irama baru menjadi ikutan golongan tertentu, seperti rap, techna, alternatif, dan ‘underground’. Era muzik generasi moden ini muncul di Barat dan merebak cepat selari dengan kepantasan kemajuan media massa. Perkembangan muzik di Malaysia tidak dapat lari daripada menerima pengaruh yang kebanyakannya bernilai negatif.

PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN
Beberapa orang pemimpin negara pernah berkata bahawa jika orang Malaysia hendak menjadi bangsa maju, mereka hendaklah ‘berfikiran besar’. Bagi sesetengah orang berfikiran besar bererti berpandangan luas dan terbuka, tidak sempit, tidak kolot dan tidak terikat oleh tradisi. Orang yang berfikiran besar tidak menyibukkan diri dengan hal remeh-temeh dan tidak penting, tetapi memikirkan isu dan masalah, agenda, cita- cita besar, sanggup menghadapi cabaran dan risiko. Dia juga mesti sanggup menerima perubahan.

MENULIS PERENGGAN
ISI Perenggan
isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi EMPAT ayat:
• Ayat Judul :Ayat Judul :
- ayat yang mengandungi kata kunci jawapan- ayat yang mengandungi kata kunci jawapan
yang menja...Ayat Bukti atau ayat contoh:Ayat Bukti atau ayat contoh:
- ayat-ayat yang mengandungi bukti atau- ayat-ayat yang mengandun...Bersukan boleh menyihatkan badan
seseorang.
(1) Bersukan boleh menyihatkan badan
seseorang. (2) Bahan-bahan kumuh seperti
...

PERENGGAN PENUTUP
Pelajar dikehendaki menulis :
• Pandangan
• Pendapat
• Cadangan
•Kesimpulan

Contoh : Kesimpulannya, aktiviti bersukan banyak mendatangkan faedah bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara. Oleh hal yang demikian, rakyat digalakkan menyertai kegiatan sukan untuk kesihatan ataupun untuk kejayaan negara. Pihak kerajaan pula hendaklah menyediakan kemudahan- kemudahan sukan di seluruh negara supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Slogan yang berbunyi ‘Sukan Untuk Semua’ dan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’ hendaklah dipupuk dalam kalangan rakyat.

AKSESORI KARANGAN
• Penanda wacana
• Peribahasa ( Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Bidalan dan Pepatah )
• Kata-kata hikmat

PENANDA WACANA
PENANDA WACANAPENANDA WACANA
 Kata penghubung:Kata penghubung:
Tetapi, serta, sesungguhnya. Lalu, agar,Tetapi, serta, ses...
 TurutanTurutan ::
Keduanya, Selepas itu, Pertamanya,Keduanya, Selepas itu, Pertamanya,
Kemudiannya, Akhirnya, Seterusnya...
 Kesimpulan / RumusanKesimpulan / Rumusan
Oleh itu, jika tidak, jika begitu,Oleh itu, jika tidak, jika begitu,
ringkasnya...

PERIBAHASA
• Simpulan bahasa : alas cakap, banyak lemak, lipas kudung dll
• Perumpamaan : - Bagai ayam disambar helang - Seperti kera mendapat bunga - Macam ular kekenyangan.
• Bidalan : - Ada gula ada semut - Sudah jatuh ditimpa tangga
 Pepatah : - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Gigi dan lidah adakalanya tergigit juga

KATA-KATA HIKMAT
• Bersatu teguh bercerai roboh
• Keadilan tidak mengenal kawan.
• Kata hendaklah dikota
• Sabar itu separuh daripada iman
• Bertangguh itu pencuri masa

SENARAI SEMAK PENULISAN KARANGAN
• No Kad pengenalan
• Angka giliran
• Perkara
• No. Soalan
• Ketepatan Soalan
• Format Karangan
• Pendahuluan karangan
• 3/5 Isi penting
• Huraian Isi
• Fakta dan Statistik penting
• Contoh
• Penutup karangan
• Jumlah perkataan
• Kesempurnaan Bahasa
• Keseimbangan perenggan
• Perbendaharaan kata
• Keseragaman struktur ayat
• Ejaan
• Tanda Baca
• Pengolahan
• Peribahasa/kata hikmat
• Kematangan fikiran
• Tulisan
• Nilai murni

KELEMAHAN - KELEMAHAN DALAM PENULISAN KARANGAN
• Tulisan buruk yang susah dibaca
• Kesalahan penggunaan tanda baca
• Kegagalan menyampaikan maksud ayat
• Ayat tergantung
• Tidak mementingkan pemerengganan
• Isi karangan tidak disusun dengan sempurna
• Terdapat banyak kesalahan ejaan
• Pengulangan isi karangan
• Menggunakan singkatan-singkatan perkataan seperti: dgn.,dll.,yg.,spt., dan sebagainya.
• Kegagalan calon memahami kehendak soalan dan format karangan
• Gagal menghuraikan isi karangan dengan sempurna
• Gagal menggunakan imbuhan dengan betul
• Gaya bahasa yang digunakan tidak menarik langsung